Sabtu, 29 Desember 2012

Ikan Keli Sambal Cili Merah



Share
Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, sape suke makan ikan keli? angkat tangan, ikan keli ni kalau betul cara basuhnya taklah bau hanyir sangat, sedap je, dan pastikan direndam dengan air perahan limau nipis atau kasturi, barulah harum baunya, dekat kampung ros ni, kalau nak makan ikan keli fresh order je, siap dah dah siang kan, kita cuma kena basuh je, dan ape lagi menu yang menjadi pilihan kami, sudah semesti nya ikan keli goreng yang ditopping dengan sambal cili merah, sedap, makan banyak pun  tak sedar, resepi ade kat bawah, ni lah cara yang selalu ros buat, senang, ringkas dan pastinya sedap.
Ikan Keli Sambal Cili Merah

Selasa, 25 Desember 2012

Ikan keli madu tinggi omega-3

Anda pengemar ikan keli? Tentunya ramai menggemarinya kerana rasanya lazat.  Ikan keli ialah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, seperti di Malaysia.

Nama saintifiknya Clarias gariepinus, mempunyai kandungan omega-3 pada kadar 0.5g bagi setiap 100g dan jauh lebih tinggi daripada ikan salmon, makerel atau trout. Kadar lemaknya (9-12 peratus) juga adalah lebih tinggi berbanding mana-mana ikan air tawat atau masin.

Sabtu, 22 Desember 2012

Kamis, 20 Desember 2012

TEMPAHAN SANGKAR IKAN hubungi bob 0192114626.





Ikan Keli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari
Ikan Keli
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Famili: (sila lihat teks)



Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.