| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, sape suke makan ikan
keli? angkat tangan, ikan keli ni kalau betul cara basuhnya taklah bau
hanyir sangat, sedap je, dan pastikan direndam dengan air perahan limau
nipis atau kasturi, barulah harum baunya, dekat kampung ros ni, kalau
nak makan ikan keli fresh order je, siap dah dah siang kan, kita cuma
kena basuh je, dan ape lagi menu yang menjadi pilihan kami, sudah
semesti nya ikan keli goreng yang ditopping dengan sambal cili merah,
sedap, makan banyak pun tak sedar, resepi ade kat bawah, ni lah cara
yang selalu ros buat, senang, ringkas dan pastinya sedap.
Ikan Keli Sambal Cili Merah
Bahan-bahanya
4 ekor ikan kelil saiz sederhana ( potong dua bahagian) kalau ikan tu kecil tak payah potong
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
6 biji cili merah
sedikit air asam jawa
4 biji cili padi ( boleh tambah jika mahu lebih pedas)
1/2 bji limau kasturi ( diperah jusnya)
1 sudu besar gula merah@nisang@gula
2 sudu besar cili kisar ( cili boh)
sedikit belacan ( tak letak pun takpe)
sedikit hirisan bawang besar ( ni tak nak letak pun takpe)
- nak lebih wangi ros masukkan juga 1 batang kulit kayu manis.
( ikan keli di gaul dengan garam, kunyit dan sedikit tepung
kentang@tepung beras, ketepikan, fungsi ros masukan sedikit tepung kanji
kentang ni, supaya ikan keli lebih garing apabila siap digoreng)
Cara-caranya
1. Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan toskan, kemudian kisar halus bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan cili merah, masukan 1/2 cawan air supaya semua bahan mudah dikisar.
Cara-caranya
1. Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan toskan, kemudian kisar halus bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan cili merah, masukan 1/2 cawan air supaya semua bahan mudah dikisar.
2. Selepas itu panaskan sedikit minyak dan masukan kulit kayu manis
dan cili kisar, tumis hingga naik bau, baru masukkan bahan yang
diblender tadi, masukkan juga gula merah dan garam, kacau selalu,
setelah agak garing baru masukkan sedikit air asam jawa dan jus perahan
limau kasturi, kacau sebati. sesuaikan rasa, masukkan garam. Biarkan
sambal betul-betul masak dan agak pekat.
3. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan kacau beberapa minit, curahkan sambal cili merah ini di atas ikan keli goreng tadi dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

makan dengan nasi panas, sedap ni....

kepala ikan keli....hihihi : )

Nota: Kalau nak digaul terus ikan keli ni dengan sambal cili merah
pun boleh, bila sambal cili merah dah masak, masukkan terus semua ikan
keli dan gaul sebati, ros lagi suke ditoppingkan kat atas je, sebab
takut ikan keli hancur bila banyak sangat di kacau dalam kuali tu
nanti, ikutlah selera dan citarasa masing-masing ya.
Sumber: http://jintanmanis.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar